Wednesday, July 22, 2009

Beri anak susu badan

Loved; Sharifah Nurul Ain at 6:53 PM
Berita Harian
Selasa, 21/07/2009

Penyusuan ibu kepada bayi adalah penting terutama dalam tempoh enam bulan awal pertama kelahirannya. Oleh kerana itu semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu saja dari lahir sehingga berumur enam bulan pertama secara ekslusif dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.
Ia bermakna, dari lahir sehingga mencapai usia enam bulan bayi diberi susu ibu saja dan tidak perlu makanan pelengkap, susu tambahan ataupun air.
Ketua Jururawat dan Koordinator Hospital Rakan Bayi, Elizabeth Muthu, berkata susu ibu sudah mempunyai khasiat yang cukup lengkap termasuk omega, vitamin dan mineral lain yang diperlukan bayi,Justeru ibu tidak perlu risau untuk memberinya makanan lain malah susu ibu juga mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi) dan ini dapat mengurangkan penyakit kepada bayi.
Elizabeth berkata, Kebaikan lain menyusui anak dengan susu ibu ialah tidak perlu dibayar berbanding membeli susu formula yang ada harganya begitu mahal. Selain itu, susu ibu juga memudahkan penghadaman dan membantu perkembangan daya intelek yang lebih baik pada bayi. Bagi ibu pula penyusuan sepenuhnya pada bayi dapat mengelakkannya mengalami bengkak payudara. Pada masa sama, ia dapat mengeratkan kasih sayang.
Jika ibu memberi penyusuan secara ekslusif selama enam bulan pertama pada bayi, tidak perlu risau untuk memberikannya air kerana berasakan bayi haus atau susu badan yang diberi tidak cukup. Sebenarnya susu ibu mengandungi 70 peratus air dan ia cukup untuk menggalakkan tumbesarannya," katanya.
Elizabeth berkata, bayi perlu diberikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam sehari.
Bagaimanapun untuk mendapat penyusuan susu ibu yang eksklusif bukanlah mudah bagi kebanyakan ibu pada masa kini. Terdapat beberapa halangan yang ada kalanya membuatkan ibu putus asa lalu menggantikannya dengan susu formula kepada bayi.
Antara alasan lazim yang diberi kerana berhenti menyusu badan ialah tidak cukup atau tidak ada susu. Ibu membuat anggapan bahawa bekalan susunya tidak cukup. Selain itu ibu memberi tahu berasa risau kerana bayinya kerap menangis, masih tidak puas selepas menyusu.
"Sama ada saiz payu dara ibu kecil atau besar,l adalah mengarut jika menyatakan bayi tidak cukup menyusu badan. Ibu perlu bina keyakinan dirinya setiap kali menyusu anak dan pastikan cara penyusuan dibuat dengan betul. Apa pun bekalan susu yang kurang boleh dirawat. Oleh sebab itulah suami perlu beri sokongan kepada isteri supaya penyusuan ibu secara eksklusif untuk enam bulan pertama dapat dicapai sepenuhnya demi kebaikan bayi," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 

QasehBonda Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez