Wednesday, September 2, 2009

Menyusukan Anak Angkat -PART 2

Loved; Sharifah Nurul Ain at 8:47 PM
Problem yang selalu timbuk dalam minda ibu angkat: macamana nak me ‘muhrim’kan bayi -masalah ni bila dewasa nanti...So kat bawah saya bagi a little bit detail dr post saya sebelum ni..


PERMULAAN PROGRAM
Mula2, digalakkan ibu2 ambil cuti (bagi yang bekerja) sekurang-kurangnya 2 minggu dan seelok-eloknya 2 bulan. Kita bermula dgn kosong, dan juga kita tak tahu bila susu si ibu akan keluar. Jadi, ibu digalakkan berada bersama anak 24 jam sepanjang masa, selama 2 minggu atau 2 bulan. Disini saya galakkan papa bercuti sama utk sama2 membantu isteri yang baru pertama kali mengurus hal si anak kecil. Ini adalah pengorbanan terbesar utk pastikan matlamat ini tercapai. Ibu digalakkan beri tumpuan sepenuhnya pada baby. Kalau boleh, selama 2 minggu tak usah kemana2, atau menerima tetamu hanya pd waktu malam. Kerana penumpuan masa ini sgtlah penting utk memastikan ransangan antara bayi-ibu.

Hari pertama baby di tangan ibu, anda tentunya sudah mula mengambil pil hormon (PERLU diingatkan pil hormon adalah prescribe by the doctor- i wont reveal it here to avoid any problem in future). yang pastinya, pil hormon ini adakalanya menyebabkan ibu mengantuk, lesu dan pelbagai kesan lain. Terdapat juga suntikan utk mematangkan buah dada lebih cepat supaya susu akan dikeluarkan lebih cepat. Juga ibu2 harus ingat, susu tidak akan keluar serta merta dgn sekali ransangan.

Program ini mengambil masa adakalanya 30 hari, adakalanya 60 hari. Jgn putus berdoa, jgn putus usaha.
Pam 3 jam sekali selain beri ransangan pd puting payudara.




SNS adalah satu alat yang digunakan oleh ibu yang ingin menyusui anak angkat mereka, untuk bayi yang mempunysi masalah cleft palate atau sumbing, baby premature atau lahir tak cukup bulan atau relaktasi semula bg ibu yang telah kekurangan susu atau ingin menyusukan bayi mereka semula.


Hujung tiub dilekatkan hingga hujung nipple ibu. Dont worry, tiub unnoticed by baby kerana tiub tersebut adalah lembut dan halus. Pastikan ia terlebih /extend 5mm dr nipple dan kedudukan adalah vertical dan di atas nipple, bukan di tepi kanan atau kiri nipple.
si ibu akan mengisi susu formula (permulaan) didalam botol tersebut. Bila baby melekap pd aerola/breast ibu, dia juga akan melekap pd tiub halus tu. jadi baby akan hisap susu formula tersebut, pd masa yang sama akan menghisap breast si ibu. jadi disitu proses stimulasi pd breast si ibu akan bermula. Ibu akan dapati terdapat PERUBAHAN pd breastnya seperti membesar, aerola/tampuk hitam berwarna lebih gelap dan ibu mula merasai “tingling sensation” atau rasa picitan/nyeri. Baby akan menghisap breast ibu setiap feeding time dia (feeding on demand) walaupun pd mulanya meminum susu formula. proses stimulasi ini akan meningkatkan kadar prolaktin utk penghasilan lebih bnyk susu. Ibu juga harus tenang, sentiasa berperasaan sedang menyusukan anak.. utk meransang hormon oksitosin yg akan memancutkan susu keluar. Susu yang keluar pd awal biasanya berwarna jernih seperti air beras dan putih seperti susu biasa. Walaupun susu awal kolostrum yang berwarna kuning pekat tidak akan keluar, namun saya pasti ia cukup buat anda teruja kerana susu telah keluar dr breast anda! =) Lama kelamaan anda akan dapati payudara anda bengkak dan susu mula dihasilkan! teruskan direct feed baby anda, InsyaAllah usaha anda berbaloi! Namun, cara-cara perlekapan (latch) yg betul mesti dipelajari sejak awal utk mengelakkan bayi anda keliru puting dan menolak puting anda. Percayalah, anda boleh =) If ibu mengalami kesusahan pd awal2nya, itu adalah perkara biasa. Practise makes perfect.

Selain itu, ibu harus mengepam regularly utk meransang breast menghasilkan lebih bnyk susu. Disini konsep supply and demand berlaku. Lebih banyak ibu feed baby, mengepam dan mengosongkan payudara, lebih bnyk susu akan dihasilkan.

0 comments:

Post a Comment

 

QasehBonda Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez