Sunday, August 16, 2009

Malas Menyusukan???

Loved; Sharifah Nurul Ain at 2:07 AM
Sabtu minggu lepas saya ke rumah salah seorang kenalan. Biasanya untuk menunjukkan demo pam MEDELA. Kenalan ni baru melahirkan anak..Cute baby!! Seorang wanita umur awal 20-an memakai cermin mata sedang mendukung bayi yang berumur 10 hari. Bayi tersebut ada jaundice. then batuk selama 3 hari dan merupakan anak pertama.
Setelah saya buat physical checking kepada anaknya (chewah), saya mula la nak bertanya-tanya.
Ain : Bayi ni menyusu badan ke menyusu botol?
Rakan : Menyusu botol.
Ain : Mengapa x breastfeed?
Rakan : Saya dah cuba sekali selepas bersalin tetapi tak keluar susu. Lepas tu saya terus susukan guna botol.Dah menagis kelaparan...
Ain : Memang lah awal-awal adakalanya susu tak keluar. Lama-lama banyak lah.
Rakan : Bukanla. Mak saya pun dulu tak ada susu. Dah keturunan saya mcam tu (!!)(Dia menjawab dengan muka selamba. Muka dia memandang bawah. Saya sudah mula naik hangat)Ain : Kalau tak bagi susu ibu nanti anak senang kena penyakit. Anak lahir kat mana?
Rakan : Kat hosp biasaje...
Ain: Situ takde tunjuk cara-cara menyusu ibu ke?
Rakan : Ada.. tapi saya malas (!!!)

Hmmm... mukanya masih poyo. Nampak semua persoalan saya, dia dah sediakan jawapan. Walaupun jawapan yang poyo...Bila dia jawab macam tu, saya pun tak nak lah jadi poyo macam dia. Saya bagi pandangan kesian (kat anak dia) tetapi sedikit geram.
Kalau perkara mengarut seperti tidak menyusu ibu kerana keturunannya tidak ada susu, saya masih boleh terima lagi tetapi kalau dah "malas", apa lagi nak buat. Entah-entah dia bagi jawapan "malas" sebab "malas" nak menjawab soalan merapu saya yang seperti nak menjaga tepi kain dia tu...alahai...sian ibu2..dan anak2...minum susu lembu???

Ingat la saya bahawa Islam sangat menganjurkan penyusuan susu badan.“Peranan ibu yang utama ialah menyusukan anak dengan susu badan seperti yang ditentukan dalam al-Quran. Ini sudah ditunjukkan ibu Nabi Muhammad, Aminah. Selepas lapan bulan Muhammad dilahirkan, susu Aminah kering, tetapi dia tidak terfikirpun untuk menggantikannya dengan susu kambing yang banyak di rumahnya. Sebaliknya, Aminah lebih sanggup mengupah Halimatusaadiah untuk menyusukan Muhammad. Melalui kisah Aminah, Allah sengaja hendak mengajar umatnya bahawa wanita lain boleh menyusukan anak orang lain..”

Tapi kita...

0 comments:

Post a Comment

 

QasehBonda Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez